Syarikat  DIA ELIANA ENTERPRISE didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) pada  28 Januari 2011 syarikat ini menjalankan peniagaan penjualan produk pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit .Sejak produk ini diperkenalkan oleh Cik Noor Shamira Erliza , pada peringkat awalnya  ia telah mendapat sambutan dan pemintaan semakin berkembang pesat hari demi hari.
 
Memandangkan permintaan semakin digemari ramai , DIA ELIANA ENTERPRISE melebarkan sayap pasaran keseluruh negeri termasuk Sabah , Sarawak serta Brunei Darul Salam . Bagi memastikan pasaran lebih efektif, syarikat telah melantik ejen – ejen sebagai wakil penjual rangkaian produk –Produk syarikat ini.
 
Di samping itu, DIA ELIANA ENTERPRISE  terus meningkatkan produktiviti untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Sehingga kini, DIA ELIANA ENTERPRISE tetap teguh untuk menghadapi pesaing-pesaing yang seumpamanya dipasaran . Ini adalah disebabkan produk – produk DIA ELIANA ENTERPRISE sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pengguna – pengguna pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit.
Dengan kepercayaan yang diperolehi dari ramai pengguna – pengguna produk syarikat ini dan semangat DIA ELIANA yang ingin terus maju.
 


Harapan DIA ELIANA agar kejayaan yang diraih hari ini memberi manfaat serta memenuhi kehendak dan citarasa kepada setiap pengguna produk – produknya dan digemari sepanjang zaman . InsyaAllah,pemilik akan menghadapi cabaran dan yakin Allah SWT akan memberi petunjuk dan rahmatNya bagi mengembangkan peniagaan DIA ELIANA ke setiap negeri di Malaysia  mahupun ke pasaran global satu masa nanti dan seterusnya menjadi insan Berjaya di dunia dan di akhirat . Amin ~
Insyaallah  DIA ELIANA ENTERPRISE ini akan terus maju dimasa hadapan.Dengan  usaha yang  gigih serta ketekunan kami yang tidak pernah jemu ,kami harap akan dapat menembusi pasaran global sedikit masa lagi .Selain dari itu , kami juga berharap agar dapat membuka  lebih banyak lagi outlet sendiri serata negeri di Malaysia termasuklah diperingkat antarabangsa.
 
DIA ELIANA ENTERPRISE akan terus melapori dunia kecantikan dan penjagaan kesihatan dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman dengan menghasilkan produk  - produk yang berkualiti serta memenuhi keperluan ramai .Tidak mustahil kami akan mengeluarkan ribuan jenis produk satu masa nanti jika usaha ini akan diteruskan hingga ke akar umbi.
 
Harapan DIA ELIANA  semoga produk kami ini terus diminati ramai tidak kira lapisan masyarakat , bangsa dan agama khususnya buat wanita harini yang sentiasa menjaga penampilan dan kesihatan diri kerana “kesihatan dalaman akan terpancar keserian wajah “.
 

 
PLEASE CLICK THE IMAGE TO ENLARGE

 
 
© 2013 Dia Eliana Enterprise. All Right Reserved.